Saturday, March 16, 2013

** UJIAN ILLAHI **

Ahleen..



Terkadang aku merintih..
Kenapa aku di uji??
Memberontak tidak sekali..
Namun naluri turut tercalar..
Hingga aku terus
MEMPERSOAL**??**



Persoalan yang x pernah terjawab dan di jawab... bila dulu semua tu di biar dan di buang terkontang kanting tak di ambil kira...namun sekarang sebesar zarah pun soalan itu di fikirkan sedalam nya..

aarrrgghhhh!!! sering kali buntu..banyak kali berulangnya tragedi mimpi ngeri..namun itu mimpi.bukan realiti..tapi bila iya terjadi lagi ngeri dari mimpi- mimpi yg pernah bertandang... kali ini hanya hembus nafas yg memahami...

K-E-N-A-P-A???

----> jawab mamaku ' takpe..ada hikmah nya..mungkin belum cukup semua nya '  [ semua???]

** di persoalkan lagi..
** mempersoalakan lagi..
**persoalan lagi..

kata Hati : merungut ke aku??
jawab diri : eh..mana ada...

monolog yg selalu mempersoal.. hilang kah ikhlas itu?? kabur kah redha itu??

----> kata bapakku ' biarlah..kamu dah berusaha sehabis baik '

huh!! kata-kata positif yg terkumpul dari orang-orang yg disayangi...

==>Bermula detik itu,,
bukan lagi permulaan untuk mempersoal dan mencari jawapan bagi semua soalan yang menjadi persoalan...
namun saat bermulanya bgi diri ini memberbaiki segala titik sebelum bermulanya semua persoalan itu..



::;PESANAN BUAT DIRI:::
--kalau aku mampu berdiri sendiri disini selama 4 tahun...
--masakan aku tak mampu bertahan disini lagi 4 bulan..

--Di sebalik kejayaan ada nya usaha yg gigih..
--kegigihan akan nampak bila kta berusaha ..

##usaha sehingga kta berpuas hati..dan aku akan berpuas hati bila apa yg aku ulangi adalah untuk                      memperbaiki segalanya##








.

Thursday, July 19, 2012

Masa Dan Diri

Ahleen...




Difikiran...
" Tak kan mampu ku putar masa lalu untuk di ubah oleh ku..
   Tapi aku tahu ada nya masa depan untuk di gubah oleh ku.."


Saya: MAMPUKAH AKU???
Hati: BOLEH KE AKU??
Jiwa: BIAR BETUL?


Kepompong diri yang saya rasa tersangatlah berat untuk keluar dan terbang pada dunia..kemudian bercerita tentang diri sendiri...
Hello!!! "you siapa??nak glamour ke??please la!!
Semestinya semua tu bukan mudah untuk semua orang,atau ada je yang cakap senang dan mudah.macam makan kacang ja,petik jari semua akan berlaku seperti yang dirancang (tapi kena ingat Allah yang tentukan segalanya)..


Keyakinan!! bangkitlah!!


Fuh!! semangat memang selalu terbina..Dilakar dengan indah dan di gubah penuh rapi.namun diri selalu mengkhianati.Kesiannya..


Masa yang berlalu:tetap dah berlalu terbiar layu dan sayu walau dulu beribu cara yang di rancang.supaya diri mampu,boleh dan berupaya mendiri.
apalah diri ini..selalu begini.


Sekarang: Ramadhan dah tiba lagi!! baru ingat dengan  dunia realiti..ish!! tak boleh macamni selamanya..masa itu emas!! diri perlu di perbaiki..Rejab dan sya'ban yang berlalu hanya Allah sahaja yang tahu betapa lalainya jasad ini..


Teringat Raya tahun lepas..semangat berkobar,pelbagai perancangan telah di susun.supaya saya bersedia berhadapan dengan raya tahun ni.satu tahun perancangan di buat..namun bila nak tiba dateline baru tersedar bahawa saya tak mengikut perancangan malahan terkeluar dari arah tujuan saya..erm..nasib baik lah baru sampai bulan ramadhan.saya ada masa sebulan untuk perbetulkan segalanya..MAMPU kah saya??


Akibat kepompong diri yang saya cipta sendiri.akhirnya memakan diri..pilunya hati..
Namun langkah kaki harus di teruskan..biar beribu kali perancangan di lakar dan di gubah,apa yang penting adalah usaha dan lakukan yang terbaik antara yang terbaik daripada tak ada langsung..


Sungguh pun masa tidak dapat di undur untuk kita mengubah sejarah lalu..namun kita boleh menggubah masa depan kita, supaya sejarah yang bakal tercipta akan lebih indah dan bermakna buat kita..


Saya: SAYA MAMPU!! Sama seprti yang lain..
Hati: MESTILAH BOLEH..siapa cakap tak boleh??
Jiwa: BETULLAH!!sebab semua yang saya lakukan dari diri saya sendiri


PERINGATAN untuk DIRI :
Jangan sampai terbiar dan rama-rama tidak sempat melihat dunia,tidak sempat menghirup nyamannya udara bumi, kerana kepompong tidak berdaya dibuka olehnya sendiri.Terperangkap..akhirnya lemas dalam dunia itu dan tidak mampu merasai keindahan dunia yang percuma.sia-sia..
Ketahuilah dunia itu indah.jelajahilah dengan tenang.